Tuesday, April 21, 2009

Blok A

Blok A menempatkan pejabat, makmal sains, surau, bilik pemulihan, bilik j-QAF dan bilik SAL.

Sejarah Penubuhan PSS

Pusat Sumber Sekolah Sk Seberang Batu Hampar ditubuhkan pada Januari 1991 dengan keluasannya 9" x 20". Bilangan buku adalah sebanyak 1000 buah yang terdiri dari buku Tahap Satu dan 200 carta. Sumber bahan adalah sumbangan Bank Dunia.

Penyelaras PSS pada masa itu adalah En Mohd Roslin b Jaafar dan dibantu oleh 3 guru yang lain. Guru Besarnya pula adalah En Ibrahim b Jaafar. Pengawas PSS pada masa itu seramai 5 orang yang terdiri dari murid Tahun 2 dan Tahun 3.

Pada tahun 1994 PSS telah dipindahkan kesebuah bilik yang lebih besar sedikit dari bilik yang lama. Penyelarasnya pula telah diganti oleh Pn Hansa Kumari. Dengan keluasan 24" x 20" bilik ini agak selesa dari bilik yang lama, Bilangan buku telah bertambah menjadi 4000 dan 300 carta. Bahan-bahan buku dan bukan buku adalah sumbangan Jabatan dan Bank Dunia.

Pada tahun 1995 sekolah ini mula mempunyai murid Tahun 4. Maka buku Tahapn 2 mula ada sedikit demi sedikit. Pada tahun 1998 penyelarasnya bertukar pula kepada Cik Norhayati . Bilangan bukunya mencapai 7000 buah dan 500 carta. Bilangan buku bertambah dari setahun ke setahun memandangkan bilangan murid semakin ramai. Bilik SAL telah diadakan pada tahun 1999. Oleh kerana bangunan C yang baru telah siap dibina pada tahun 2001 maka kelas telah ditukarkan dan PSS telah dipindahkan ke bilik yang lebih besar bersebelahan dengan bilik guru sehingga sekarang. Guru penyelarasnya pula telah ditukarkan kepada Pn Haslin pada tahun2003, manakala pada tahun 2005 telah diambil alih oleh Pn Anita dan yang paling terbaru pada tahun ini ialah Pn Siti Nurol Huda.

Bangunan B


Bangunan B ini menempatkan Pusat Sumber Sekolah, Bilik Gerakan, Bilik Guru dan Bilik Kemahiran Hidup

Bangunan C

Bangunan ini menempatkan kelas tahun 1 hingga tahun 6

Lagu sekolah

Sekolah Seberang Batu Hampar
Sekolahku yang berjasa
Berdiri tegak teguh dan megah
Menjadi kebanggaan kami
Berdisiplin, amanah dan jujur
Tekun, berusaha berjaya
Agama pegangan hidup kita
Aman damai hidup sejahtera
Guru, murid berdedikasi
Martabatkan sekolah kami
Jadikan ia kebanggaan
Tuju ke arah kejayaan